Penjawat awam Sarawak disaran realisasi ekonomi digital

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menunjukkan buku yang menceritakan sejarah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatah Awam Negeri Sarawak (SPANS) pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 60 Penubuhan SPANS di banggunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) menunjukkan buku yang menceritakan sejarah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatah Awam Negeri Sarawak (SPANS) pada Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke 60 Penubuhan SPANS di banggunan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan agar penjawat awam di Sarawak menjadi pasukan yang berkesan dalam merealisasikan visi mentransformasikan negeri itu ke arah ekonomi digital dan berupaya mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Beliau berkata, justeru itu peranan Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) amat penting dalam merealisasikan visi berkenaan.

"Perkhidmatan awam adalah enjin kepada kerajaan dan oleh itu, ia khususnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga perlu melakukan penyesuaian berdasarkan keperluan pada masa akan datang sebagaimana yang dibayangkan oleh kerajaan. Kita memerlukan penjawat awam yang berwawasan dan boleh membantu kerajaan.

"Kita sedang menuju ke arah ekonomi digital dan setiap aspek kehidupan ketika ini adalah berasaskan teknologi,” katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan SPANS di Petra Jaya pada Rabu.

Abang Johari berkata, Sarawak memiliki jumlah populasi hampir 2.9 juta orang justeru ekonominya perlu dipelbagai.

“... dengan populasi yang kecil itu sudah tentu pasarannya juga kecil namun kita perlu menjadi pemain di rantau ini, itulah sebabnya kita memiliki pejabat di luar negara iaitu Singapura di bawah Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak yang dilihat bakal membawa perubahan dalam pembangunan ekonomi kita,” katanya.

Beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya meletakkan integriti mendahului segala tindakan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Katanya, barisan penjawat awam merupakan jentera utama dalam menggerakkan pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Pada masa ini, terdapat hampir 26,000 penjawat awam negeri di Sarawak.

Hadir sama, Pengerusi SPANS, Datuk Abdul Ghafur Shariff dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!