Kos ibadah haji, kadar subsidi dimuktamadkan Januari depan

Penetapan kos ibadah haji termasuk kadar subsidi untuk diberikan kepada jemaah muassasah dijangka dimuktamadkan pada Januari depan.
Penetapan kos ibadah haji termasuk kadar subsidi untuk diberikan kepada jemaah muassasah dijangka dimuktamadkan pada Januari depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penetapan kos ibadah haji termasuk kadar subsidi untuk diberikan kepada jemaah muassasah dijangka dimuktamadkan pada Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, beliau yakin formula yang dilaksanakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) tidak akan membebankan jemaah dan pada masa sama masih menjaga kepentingan pendeposit lain.

"Perbincangan masih belum dibuat. Jemaah menteri akan tentukan keputusan akhir nanti. Perlu lihat peningkatan beberapa kos berdasarkan ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dan semua itu akan diambil kira oleh TH.

"Perkara yang dititik beratkan adalah 'menang-menang' untuk jemaah yang terlibat dan pendeposit kerana mereka juga perlukan keuntungan dan sebagainya.

"Insya-ALLAH formula yang akan dibuat oleh TH tidak membebankan. Kedua-dua pihak perlu diambil kira iaitu kebajikan jemaah dan kepentingan pendeposit," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kutipan Wakaf Tunai Yayasan Wakaf Malaysia Menerusi Konsep Bertempoh, iTekad CIMB Islamic Rider Enterpreneur di sini, pada Rabu.

Kata Idris, TH memperuntukkan kos sehingga RM400 juta bagi menampung kos subsidi jemaah dan adalah wajar juga untuk memastikan kepentingan pendeposit diambil kira.

"Mereka yang menyebabkan boleh beri bantuan (subsidi) haji. Jika pelabur cabut lari, tidak ada subsidi untuk jemaah haji," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!