Bayi tertelan kerongsang: Terima kasih doakan anak saya, ibu
KUALA TERENGGANU - Ibu bayi yang tertelan kerongsang dalam kejadian jam 9.30 malam semalam, bersyukur kerana anaknya itu kini selamat dan tidak perlu menjalani pembedahan.
Noor Amira Shyuhada Mohd Noh, 33, berkata, kerongsang itu keluar bersama najis ketika azan Asar kira-kira jam 4.32 petang tadi.
Kerongsang bersaiz syiling 20 sen ditelan bayi berusia sembilan bulan, Nur Qhaulah Ramadhani Mohd Kamal Azhar.
"Masa tengah azan Asar, saya dengar dia kentut, tergerak hati nak tengok najis dia.
"Bila tengok dekat, nampak ada kerongsang macam nak keluar, mujurlah ia selamat keluar bersama najis," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi sembilan bulan tertelan kerongsang
Noor Amira Shyuhada berterima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan bayinya itu.
"Saya bersyukur semuanya selamat.
"Anak saya tak perlu jalani pembedahan," ujarnya gembira.
BAYI TERTELAN KERONGSANG SELAMAT KUALA TERENGGANU - Seorang bayi berusia sembilan bulan yang tertelan kerongsang...
Posted by Sinar Harian Edisi Terengganu on Tuesday, March 12, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!