20 pelajar bunuh rakan dijatuhi hukuman mati

Mahkamah di Bangladesh pada Rabu menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 individu berhubung dengan kes pembunuhan seorang pelajar universiti pada 2019.- Foto AFP
Mahkamah di Bangladesh pada Rabu menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 individu berhubung dengan kes pembunuhan seorang pelajar universiti pada 2019.- Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Sebuah mahkamah di Bangladesh pada Rabu menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 individu berhubung dengan kes pembunuhan seorang pelajar universiti pada 2019.

Pada 7 Oktober 2019, Abrar Fahad, seorang penuntut Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET), dipukul sehingga mati oleh pelajar lain susulan beberapa hantaran di Facebooknya yang mengkritik kerajaan.

Kes pembunuhan itu mencetuskan bantahan di seluruh negara.

"Kami puas hati dengan keputusan itu dan kami berharap ia akan dikekalkan di mahkamah tinggi," kata bapa mangsa Barkat Ullah kepada Agensi Anadolu.

Keputusan itu diumumkan mahkamah di Dhaka. Lima lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara, tiga lagi suspek masih bebas.

Barkat Ullah berkata, anaknya menaruh impian untuk melanjutkan pengajian di Turki.

"Dia telah belajar bahasa Turki dan sering beritahu kami dia akan ke Turki untuk sambung belajar dan dan akan kembali ke Bangladesh untuk mencurah bakti di tanah airnya," kata bapanya.

Pendakwa raya Mosharrof Hossain Kajal turut berpuas hati dengan keputusan itu.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan itu penting untuk memastikan perbuatan kejam dan keji itu tidak berlaku lagi di kampus universiti,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Faruque Hossain berkata mereka akan mencabar keputusan itu di mahkamah lebih tinggi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!