Nahas jet ragut dua nyawa di China
BEIJING - CHINA. Sebuah jet pejuang tentera laut China terhempas ketika melakukan latihan di selatan wilayah Hainan hari ini, mengorbankan dua juruterbangnya, kata kementerian pertahanan.
Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kematian di daratan.
Ia menambah, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca nahas.
Tahun lalu, sebuah pesawat tentera terhempas semasa menjalani latihan di wilayah Guizhou, membunuh kesemua krew dan anak kapalnya.
Pada April tahun sama, sebuah jet pejuang J-15 terhempas semasa latihan dan membunuh juruterbangnya.
Media tempatan turut melaporkan, pada 2015 dua juruterbang maut selepas pesawat mereka terbakar sejurus berlepas. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!