Polis Brazil bunuh aktivis kulit hitam diberkas

Mareille Franco dibunuh pada 14 Mac tahun lalu ketika berada di dalam kereta bersama pemandunya.
Mareille Franco dibunuh pada 14 Mac tahun lalu ketika berada di dalam kereta bersama pemandunya.
A
A
A

RIO DE JANEIRO - BRAZIL. Dua anggota polis yang ada kaitan dengan pembunuhan aktivis kulit hitam Brazil, Mareille Franco ditahan hari ini.

Ini adalah tangkapan pertama dalam kes pembunuhan yang mengejutkan Brazil.

Franco adalah ahli majlis bandar Rio yang dibesarkan di kawasan setinggan dan menjadi pembela kepada masyarakat berkulit hitam, golongan miskin dan komuniti LGBT.

Wanita terbabit dibunuh kira-kira setahun lalu di dalam kereta bersama pemandunya, Anderson Gomes.

Franco turut dikenali kerana lantang mengkritik keganasan polis terhadap golongan miskin.

Portal berita G1 dalam laporannya berkata, pegawai yang diberkas ialah Roni Lessa, 48 dan Alcio Viera de Queiroz, 46.

Pendakwa raya berkata, pembunuhan tersebut dirancang rapi dalam tempoh tiga bulan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!