'Rasa tak sedap hati, rupanya rumah terbakar'

Dua unit rumah di tingkat empat Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai di Kuala Terengganu terbakar dalam kejadian pada petang Rabu.
Dua unit rumah di tingkat empat Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai di Kuala Terengganu terbakar dalam kejadian pada petang Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - "Saya rasa berdebar, rasa macam tak sedap hati, rupa-rupanya rumah terbakar," kata seorang mangsa kebakaran di Flat Kondo Rakyat Kuala Ibai, di sini.

Mohd Azwan Ali, 38, berkata, ketika kejadian dia berada di kedai untuk membeli barang sebelum menyedari rumahnya di tingkat empat terbakar kira-kira jam 4 petang Rabu.

Katanya, ketika itu isterinya, Nor Hazirah Zakri, 28, bersama anak bongsu, Ahmad Irfan Danial, 3, berada di rumah.

"Dalam perjalanan pulang ke rumah saya ternampak kepulan asap tebal dari bahagian bilik belakang rumah saya.

"Waktu itu hanya nampak asap, tak nampak api lagi. Saya terus parkir motosikal dan meluru ke atas untuk cari isteri dan anak. Malangnya tak boleh masuk sebab asap tebal sangat. Mujur, dari jauh saya nampak isteri dan anak berada di rumah jiran," katanya.

Keadaan rumah di tingkat empat Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai di Kuala Terengganu yang terbakar dalam kejadian pada petang Rabu.
Keadaan rumah di tingkat empat Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai di Kuala Terengganu yang terbakar dalam kejadian pada petang Rabu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar jam 4.50 petang.

"Kebakaran ini pada mulanya hanya melibatkan sebuah rumah sebelum merebak ke rumah bersebelahan di mana rumah kedua terbakar lebih 30 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba mengalami kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana bumbung rumah tersebut berada di atas 'party wall'. Kita terpaksa buka bumbung untuk pastikan tiada kebakaran boleh berlaku atau merebak ke unit-unit lain," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut Muhammad Basri, seramai 32 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan BBP Jalan Kota bersama empat jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan dua unit kediaman kos rendah itu dapat dikawal sepenuhnya jam 6 petang manakala punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!