'Banyak pili bomba di Selangor rosak'

Ng Sze Han - Foto Bernama
Ng Sze Han - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Terdapat sejumlah 3,700 pili bomba bawah tanah di seluruh Selangor yang kebanyakkannya rosak akibat tertimbus sekali gus sukar untuk diselenggarakan.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata, anggaran kos bagi menukar pili bomba bawah tanah di negeri itu kepada pili bomba atas tanah adalah sekitar RM40,700.

"Ya, peruntukan kerajaan negeri boleh disalurkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor bagi menyelaras kerja-kerja pertukaran pili bomba bawah tanah kepada pili bomba atas tanah," katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara berkata demikian dalam sesi Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-14 di sini pada Khamis.

Sze Han berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Leong Tuck Chee (DAP-Pandamaran) yang mempersoalkan sama ada kerajaan negeri dapat menukar pili bomba dalam tanah kepada pili bomba atas tanah di Selangor.

Mengulas lanjut, Sze Han berkata, berdasarkan rekod JBPM Negeri Selangor, terdapat 61,551 unit pili bomba jenis atas tanah dan 3,700 unit pili bomba jenis bawah tanah.

"Bagi tahun 2020, JBPM Negeri Selangor telah membuat penyelenggaraan 94 unit pili bomba jenis atas tanah dan 27 unit pili bomba bawah tanah dengan peruntukan sebanyak RM250,000 melibatkan pelbagai kerosakan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!