UiTM ungguli golf antara universiti awam

Dr Roziah bersama pemain UiTM meraikan kejayaan mengungguli kejuaraan golf antara universiti awam.
Dr Roziah bersama pemain UiTM meraikan kejayaan mengungguli kejuaraan golf antara universiti awam.
A
A
A

UNIVERISITI Teknologi MARA (UiTM) muncul juara Kejuaraan Golf antara Universiti Awam Malaysia ke-48 apabila meraih dua emas, tiga perak dan dua gangsa.

Pertandingan berlangsung dari 7 hingga 8 Disember di tiga gelanggang berasingan sekitar Shah Alam, iaitu Kelab Golf Kota Permai, Kelab Golf Glenmarie dan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah.

Seramai 296 pemain yang terdiri daripada warga kerja universiti awam mengambil bahagian dalam kejohanan yang mempertandingkan empat ketegori iaitu Gross, Nett, VVIP dan Jemputan.

Kejohanan sejak 1970 ini menjadi wadah pemuafakatan antara kakitangan universiti awam negara ini menyaksikan UiTM diberi penghormatan dan kepercayaan menjadi tuan rumah kepada pertandingan yang berprestij ini.

Untuk rekod, kejohanan ini dijadualkan pada 26 hingga 27 Ogos 2020, tetapi terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19.

Objektif penganjuran pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga kerja universiti awam.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UiTM, Prof. Dr. Roziah Mohd Janor di dewan Kelab Golf Glenmarie.

Sementara itu, Prof. Dr. Roziah berharap pertandingan golf ini diteruskan lagi pada masa depan demi memperkukuhkan lagi hubungan serta rangkaian antara semua pemain golf dalam kalangan staf universiti awam di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Malah pada masa sama beliau juga berharap agar pertandingan ini akan menjadi arena permuafakatan antara semua universiti awam.

"Saya percaya dan yakin melalui pertandingan ini, ia dapat membentuk lebih banyak jaringan dalam kalangan peserta untuk berkongsi pendapat dan kepakaran masing-masing secara lebih inklusif dan kukuh bagi memacu kualiti pendidikan universiti awam Malaysia," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!