Indeks kos bahan binaan meningkat

Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.3 peratus pada November 2021 berbanding pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.3 peratus pada November 2021 berbanding pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) tanpa bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.3 peratus pada November 2021 berbanding pada bulan sebelumnya.

Dalam satu kenyataan pada khamis, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, IKB di semua kawasan di Sabah meningkat di antara 0.1 dan 1.7 peratus bagi semua kategori bangunan kecuali cerucuk kayu dan cerucuk konkrit bertetulang (KT) tidak menunjukkan perubahan.

"IKB di Sarawak menunjukkan peningkatan di antara 0.1 dan 1.8 peratus pada November 2021 kecuali bagi bangunan (KT) satu tingkat dan cerucuk (KT) di Sibu merekodkan tiada perubahan," katanya.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan berkata, IKB termasuk bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat di antara 0.1 hingga 1.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada November 2021 berbanding pada bulan sebelumnya.

IKB di Sabah dan Sarawak meningkat di antara 0.1 dan 2.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!