Padah serbu suami isteri, 4 anggota polis dipecat

Empat pegawai polis terbabit disumbat ke lokap dan telah dibuang kerja.
Empat pegawai polis terbabit disumbat ke lokap dan telah dibuang kerja.
A
A
A

ISLAMABAD - PAKSITAN. Polis Karachi hari ini memecat empat anggota polis yang mengganggu, mengaib dan mengugut sepasang suami isteri di pantai peranginan Seaview dalam kejadian Ahad lalu.

Rakaman video insiden tersebut menjadi tular dan menimbulkan kemarahan netizen di media sosial.

Dalam rakaman itu, empat anggota polis terbabit mendekati pasangan tersebut dengan menaiki dua buah motosikal.

Salah seorang anggota polis lengkap beruniform secara biadab meminta pasangan terbabit menunjukkan 'Nikahnama' iaitu sijil nikah sebelum bertindak mahu merampas telefon bimbit yang digunakan bagi merakam insiden berkenaan.

"Saya dan isteri sedang berjalan ketika mereka menghampiri kami. Mereka datang meminta wang sambil mengacukan senjata api ke arah kami," kata lelaki dalam video itu.

Sementara itu, Ketua Polis Karachi, Pir Muhammad Shah berkata, kesemua pegawai terbabit bukan sahaja dibuang malah bakal dihadapkan ke muka pengadilan.

"Siasatan mendapati mereka pernah menganggotai kumpulan samseng dan mereka sudah terbiasa dengan kegiatan memeras ugut," katanya.

Beliau turut menasihati mana-mana pasangan yang pernah menjadi mangsa pegawai terbabit tampil membuat laporan polis. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!