Akhyar sah positif Covid-19

Akhyar dinobat pemain terbaik perlawanan ketika aksi menentang Kemboja pada Isnin lalu.
Akhyar dinobat pemain terbaik perlawanan ketika aksi menentang Kemboja pada Isnin lalu.
A
A
A

KHABAR kurang gembira buat skuad Harimau Malaya apabila pemain sayap lincah Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid disahkan positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe sejurus kemenangan 4-0 ke atas Laos dalam aksi kedua Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.

"Hasil ujian Covid-19 pagi ini, dia positif (Covid-19) dan tak dapat beraksi bersama kami dan dia perlu direhatkan sebelum menyertai pasukan semula," kata Cheng Hoe.

Sebelum aksi tersebut, rata-rata penyokong bola sepak negara tertanya-tanya tentang kelibat Akhyar yang tidak berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Malah, nama Akhyar yang dinobat pemain terbaik perlawanan ketika aksi menentang Kemboja pada Isnin lalu juga tiada dalam senarai barisan simpanan Harimau Malaya.

Difahamkan, tonggak pertahanan, Quentin Cheng juga disahkan positif Covid-19 dan dia bersama Akhyar kini menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

Sebelum ini, kem Harimau Malaya dikejutkan dengan berita dua tonggak - penjaga gol, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Faisal Halim positif Covid-19.

Junior Eldstal pula mengalami kecederaan bahagian perut sehingga dia terpaksa dikeluarkan lebih awal dalam pertemuan menentang Kemboja.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!