Teras utama KDN perkukuh kawalan sempadan negara berjaya dicapai

Hamzah Zainuddin
Hamzah Zainuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Teras utama dalam memperkukuhkan kawalan sempadan negara yang ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia berjaya dilaksana, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata, teras terbabit yang menggariskan tiga inisiatif ditetapkan kementerian itu berjaya dicapai menerusi kerjasama agensi-agensi lain di bawahnya.

"Antaranya ia dicapai dengan kawalan sempadan negara diperkasa apabila Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia secara rasmi mengambil alih sepenuhnya fungsi Agensi Kawalan Sempadan Malaysia di persempadanan negara pada 1 Oktober lalu.

"Sementara itu, pada 11 November lalu kerajaan bersetuju melantik mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah sebagai Ketua Pasukan Nukleus Single Border Agency yang akan memperincikan penubuhan satu agensi tunggal bagi menjaga pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien dan cekap," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook rasminya pada Khamis malam.

Hamzah pada masa sama berkata, pada Isnin lalu (6 Dis) pihaknya turut melancarkan inisiatif meluaskan fungsi 11 pos kawalan PGA PDRM di Sabah dan Sarawak sebagai balai polis bagi membantu keluarga yang tinggal jauh di pedalaman bagi mendapatkan khidmat kepolisian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!