Netizen 'siasat', selongkar maklumat pembuli

Video yang tular di media sosial.
Video yang tular di media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan video tular yang memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain dipercayai berlaku di dalam sebuah asrama sekolah, netizen mula menyelongkar maklumat pembuli di media sosial termasuk menghubungi ibu bapa mereka.

Salah seorang warganet, bernama @Ekax_ mendakwa telah mendapat maklumat bahawa kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Perak.

Ujarnya, dia tidak akan memadamkan kiriman video tersebut meskipun ahli-ahli keluarga pembuli itu merayu kepadanya.

“Ada apa-apa maklumat DM (mesej peribadi), saya okay. Korang tak berani sebar maklumat mangkuk-mangkuk (pembuli) ini. Bagi aku sebarkan sampai tujuh keturunan.

“Baik adik-beradik mahupun mak bapak pembuli sekali pun nak merayu minta saya ‘delete’ (padam) video ini untuk jaga aib keluarga, lambat lagi.

“Selagi tiada tindakan apa apa untuk musibat ini,” katanya dalam ciapan pada Jumaat.

Sebuah video pelajar menumbuk seorang pelajar lain dipercayai di dalam asrama tular di media sosial pada Khamis.

Video berdurasi 10 saat itu tular di media sosial mendapat perhatian warganet dengan 700,000 tontonan serta lebih kurang 30,000 perkongsian.

Artikel Berkaitan:

Video berkenaan dipercayai dikongsikan oleh individu bernama Faez Hamzah.

ARTIKEL BERKAITAN: 'MARA akan ambil tindakan segera terhadap pelaku'

Polis Perak siasat video buli pelajar sekolah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!