Johor perlu jadi negeri pilihan pelabur

Hasni ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di sini pada Khamis
Hasni ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di sini pada Khamis
A
A
A

PONTIAN - Kerajaan Nageri Johor memohon semua pihak dan agensi berkaitan untuk sentiasa mengamalkan langkah terbaik bagi memudah cara proses dan prosedur pelaburan di negeri tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, usaha itu perlu dilakukan dengan segera bagi menarik lebih banyak pelabur ke Johor sekali gus melonjakkan kembali trend ekonomi negeri yang kian meningkat.

"Mengekalkan yang sedia ada masih tidak cukup baik. Kita perlukan lebih banyak pelaburan datang ke negara kita dan saya lihat memudahkan cara adalah salah satu kepentingan.

“Kita perlu ada kaedah berlainan untuk memastikan pelabur lihat ada sesuatu istimewa di Johor sama ada fasiliti atau sebagainya. Usaha ini juga perlu dipastikan mesra pelabur,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian Tropicana Industrial Park di sini, pada Khamis.

Hasni berkata, dalam keadaan ekonomi kini, iklim pelaburan semakin kompetitif dan pelabur mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan pelaburan syarikat mereka.

Katanya, Johor harus menggunakan sebaik-baiknya potensi yang ada, termasuk kedudukannya yang strategik kerana berjiran dengan negara maju seperti Singapura.

"Kita perlu terus menjadikan Johor sebagai negeri pilihan pelabur kerana merupakan negeri yang begitu unik dan strategik. Harus menggunakan ruang dan peluang sebagai negeri yang unik ini dan berjiran dengan negara maju serta jauh ke hadapan daripada kita. Tentulah kita tidak mahu jauh tertinggal ke belakang," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!