Portfolio Parlimen dan Undang-Undang kementerian ketiga terbaik

Wan Junaidi - Foto Bernama
Wan Junaidi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Portfolio Parlimen dan Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri dinobatkan sebagai kementerian dengan prestasi cemerlang ketiga terbaik mengikut hasil penyelidikan yang dijalankan dua badan penyelidik bebas, Ilham Centre dan O2 Research.

Pemilihan itu berdasarkan kajian dan kaji selidik yang dijalankan ke atas pencapaian semua kementerian di bawah petunjuk prestasi utama (KPI) 100 hari, yang kedua-dua badan penyelidik itu menamakan Kementerian Kesihatan meraih prestasi paling cemerlang diikuti Kementerian Kewangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia merupakan pengiktirafan penting bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menyokong agenda transformasi Perdana Menteri.

“Pelaksanaan inisiatif ini adalah satu proses yang panjang kerana ia melibatkan kajian yang meluas, penglibatan dengan pihak berkepentingan utama serta pindaan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain yang berkaitan, memandangkan saya hanya mengambil alih portfolio ini pada akhir Ogos, saya harus mengakui bahawa kami telah mencapai banyak perkara.

“Di sebalik cabaran ini, saya amat berbesar hati mendapat kepercayaan perdana menteri dalam melaksanakan tugas-tugas sukar ini yang merupakan elemen penting dalam agenda transformasi negara.

Mendapat pengiktirafan sebagai kementerian ketiga dengan prestasi cemerlang menjadi pendorong kepada saya untuk bekerja lebih keras demi negara dan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!