Kawasan bawah permukaan salji terbakar di Rusia

Asap kelihatan keluar dari bawah permukaan salji di Delyankir baru-baru ini. - Foto Semen Sivtsev/The Siberian Times
Asap kelihatan keluar dari bawah permukaan salji di Delyankir baru-baru ini. - Foto Semen Sivtsev/The Siberian Times
A
A
A

MOSCOW - Satu kebakaran di bawah permukaan salji berlaku di Delyankir, Rusia yang didiami sekurang-kurangnya tiga penduduk baru-baru ini walaupun ia mencatatkan suhu antara yang paling sejuk di bumi.

Ia yang juga dikenali sebagai 'kebakaran zombie' boleh berlaku selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Satu rakaman video yang diperoleh oleh akhbar The Siberian Times dan disiarkan di Twitter menunjukkan asap keluar dari bawah permukaan salji di Delyankir.

Kebakaran itu berlaku apabila api yang dari tahun sebelumnya membara di bawah tanah.

Ia berlaku di kawasan yang kaya dengan karbon semasa musim sejuk dan kemudian menyala semula di permukaan apabila cuaca panas.

Api boleh terus membara di bawah permukaan salji ekoran terdapatnya banyak gas metana dan ia bermakna apabila salji cair pada musim bunga, api akan merebak dengan serta-merta.

Kebakaran itu berlaku tidak jauh dari kampung Khara Tumul dan pusat pentadbiran Oymyakon. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!