Hashimah pemenang Spot and Win di Malakat Mall
CYBERJAYA - Pembaca setia Sinar Online yang juga pengunjung tegar Malakat Mall, Hashimah Hassan menjadi individu bertuah pada hari kedua program Spot and Win Konvoi #RasuahBusters di Lembah Klang.
Menjalankan perniagaan sendiri, Hashimah sering kali berkunjung ke pasar raya Malakat Mall bagi mendapatkan bekalan perniagaan yang diusahakannya.
Namun kunjungannya kali ini sangat bertuah apabila dia dipilih sebagai pemenang program Spot and Win setelah dikesan ‘pasukan pengintai’ skuad Konvoi #RasuahBusters.
“Tak sangka kunjungan kali ini ke Malakat Grocer sangat bertuah apabila dipilih sebagai pemenang program ini.
“Rezeki saya murah hari ini, syukur kepada ALLAH di atas rezeki yang tidak disangka ini,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Jumaat.
Sementara itu, ditanya pilihannya membeli barangan di Malakat Mall, Hashimah berkata, ia satu cara dirinya membantu peniaga Muslim dengan menyokong membeli produk halal dan bersih.
Menurutnya, selain membantu sesama peniaga Muslim lain, ia juga satu jihad dalam melebarkan ekonomi umat Islam.
Ditanya mengenai jihad melawan rasuah, Hashimah dengan tegas menolak amalan rasuah yang semakin membarah di dalam masyarakat.
Katanya, rasuah bukan sahaja merosakkan ekonomi negara, malah menjerumus rakyat ke lembah hina.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!