Rakyat Myanmar mengaku bersalah terlibat konspirasi serang Duta PBB
WASHINGTON - Rakyat Myanmar, Ye Hein Zaw mengaku bersalah atas tuduhan terbabit dengan konspirasi menyerang duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik.
“Peguam AS Daerah Selatan New York, Damian Williams hari ini mengumumkan pengakuan bersalah Ye Hein Zaw yang terbabit dalam konspirasi menyerang Wakil Tetap Myanmar ke PBB,” menurut kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat pada Jumaat.
Zaw mengaku bersalah pada Jumaat di hadapan Hakim Daerah Philip Halpern, di mahkamah persekutuan White Plains.
Tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan konspirasi menyerang pegawai asing yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun. Hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Halpern dijadual bermula pada 10 Mei 2022. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!