Sabak Bernam destinasi kedua singgah santai Konvoi #RasuahBusters
SABAK BERNAM - Hari ketiga Konvoi #RasuahBusters menerjah ke lokasi kedua singgah santai di Medan Selera Tonggak 9, Sungai Besar di Sabak Bernam, Selangor.
Majlis bersama orang ramai itu dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Sabak Bernam, Rosmah Ihsan dan Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, Tavamalar R Krisnan.
Selain itu, Ketua Ikram Muda Malaysia, Mohd Hafiz Abd Hamid bersama team Ikram Sabak Bernam turut menjayakan Konvoi #RasuahBusters di Medan Selera Tonggak 9.
Pelbagai hadiah istimewa diberikan kepada orang ramai secara percuma termasuk bantal khas yang disediakan oleh stesen radio terkemuka negara, Era FM dan Sinar FM.
ARTIKEL BERKAITAN:Mesej antirasuah bergema di Selangor
ARTIKEL BERKAITAN:Hashimah pemenang Spot and Win di Malakat Mall
ARTIKEL BERKAITAN:Herman Tino meriahkan Konvoi #RasuahBusters di Tanjung Karang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!