PH Sarawak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan PSB

Chong Chieng Jen
Chong Chieng Jen
A
A
A

KUCHING - Pakatan Harapan (PH) Sarawak tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, fokus PH pada ketika ini adalah untuk memenangi seberapa banyak kerusi pada PRN dan sebarang keputusan mengenai kerjasama akan ditentukan selepas itu.

“Setakat ini, segala usaha kami adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) dan apa yang berlaku selepas PRN kita akan bincang di antara DAP, PKR dan Amanah mengenai arah hala tuju kita.

“Kami mahu (parti yang bekerjasama) percaya pada prinsip tadbir urus yang baik, ini harus dipersetujui oleh semua parti (yang mahu bekerjasama),” kata Chong yang bertanding di kerusi Padungan dalam sidang akhbar di sini pada Sabtu.

Pada PRN Sarawak ke-12, PKR bertanding di 28 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (26 kerusi) dan Amanah lapan kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember ini sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!