Keputusan saman fitnah Soon belum berakhir

Fadillah ketika ditemui media pada Sabtu.
Fadillah ketika ditemui media pada Sabtu.
A
A
A

KOTA SAMARAHAN - Keputusan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Dato Sri Wong Song Koh berhubung saman fitnah yang difailkan kerajaan negeri terhadapnya semalam bukan keputusan akhir.

Mahkamah Tinggi pada Jumaat, menolak saman fitnah yang difailkan itu sekali gus menyaksikan Soon menang dalam kes tersebut.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fadillah Yusof berkata, keputusan itu merupakan keputusan peringkat pertama terhadap Presiden PSB tersebut.

"Pada peringkat pertama ini, yang menang tidak semestinya terus menang sehingga proses perundangan diselesaikan ke peringkat yang lebih tinggi.

"Bagaimanapun kita perlu tunggu dan lihat kerana keputusan untuk kerajaan negeri membuat proses rayuan belum lagi dipastikan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat rancangan tebatan banjir kawasan Kuching dan Kota Samarahan, di Auditorium Jabatan Pengairan dan Saliran, di sini pada Sabtu.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata, bagaimanapun apa-apa keputusan yang ditetapkan oleh mahkamah selepas ini perlu dihormati.

"Ini kerana proses mahkamah ini ada pihak yang menang dan kalah," katanya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, kerajaan negeri memfailkan saman terhadap Soon kerana mendakwa bekas menteri kewangan itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah mengenai penyelesaian bersama antara plaintif dengan Petronas dalam isu cukai jualan negeri (SST) pada 9 Mei lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!