Verstappen laung amaran awal di Abu Dhabi
PELUMBA Red Bull, Max Verstappen melaungkan amaran awal apabila meraih kedudukan petak hadapan pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada Sabtu.
Pelumba berusia 24 tahun dari Belanda itu yang ketika ini berkongsi mata dengan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dalam perebutan gelaran juara dunia Formula Satu (F1).
Hamilton, berstatus juara dunia tujuh kali akan akan bermula di petak kedua manakala Lando Norris dari McLaren akan bermula di petak ketiga, sebaris rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez.
"Saya tidak menjangkakan keputusan sebegini hari ini tetapi semuanya adalah hasil kerja yang menakjubkan," kata Verstappen menerusi radio pasukan selepas diberitahu dia berjaya mendapat petak pertama di Yas Marina untuk musim kedua berturut-turut.
“Itu satu pusingan hebat daripadanya. Kami berada dalam kedudukan yang baik dengan tayar kami untuk esok dan saya harap kami boleh mengharungi perlumbaan yang baik,” kata Hamilton.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!