Lelaki terima 10 suntikan vaksin Covid-19 sehari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEORANG lelaki di New Zealand dikesan telah menerima sebanyak 10 suntikan vaksin Covid-19 dalam sehari.

Menurut Pengurus Kumpulan Operasi Program Vaksin negara itu, Astrid Koornneef, tindakan lelaki tersebut 'bagi pihak' orang lain adalah sangat mementingkan diri.

Katanya, siasatan terperinci kini sedang giat dijalankan.

"Kami sangat mengambil berat tentang situasi ini dan kami sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menyiasat kejadian ini," katanya kepada New Zealand Herald.

Kementerian Kesihatan New Zealand tidak menyatakan di mana insiden tersebut berlaku.

Pakar vaksin Prof Madya Helen Petousis-Harris menyifatkan tindakan tersebut sangat "mementingkan diri" dan mengambil kesempatan ke atas individu yang memerlukan wang.

"Tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak menerima vaksin selain menyebabkan penularan virus," katanya.

Jelasnya, tidak bahaya untuk mengambil beberapa dos suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari namun individu berkenaan akan mengalami demam dan sakit kepala yang lebih teruk pada hari seterusnya.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengunjungi beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk mengambil suntikan itu, memetik laporan Stuff. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!