Lapan PATI berhimpit dalam kereta dicekup

Lapan PATI warga Myanmar yang terpaksa berhimpit dalam sebuah kereta jenis Proton Persona untuk masuk ke negara ini gagal apabila mereka dicekup polis pada Ahad.
Lapan PATI warga Myanmar yang terpaksa berhimpit dalam sebuah kereta jenis Proton Persona untuk masuk ke negara ini gagal apabila mereka dicekup polis pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang berhimpit dalam sebuah kereta Proton Persona untuk masuk ke negara ini gagal apabila mereka ditahan polis, pada Ahad.

Kesemua PATI yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita itu berjaya ditahan polis pada jam 1.30 pagi di atas jambatan Lemal.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, ketika melakukan rondaan anggota bertugas telah melihat sebuah kereta di kawasan Padang Licin menghala ke Pasir Mas.

"Kami dapati kereta itu dipandu dalam keadaan laju dan mencurigakan. Jadi anggota bertugas mengejar kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurutnya, anggota bertugas turut menghubungi unit peronda yang lain bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata, bagaimanapun kereta Persona itu berjaya ditahan di atas jambatan Lemal.

Mohd Nasaruddin berkata, dua lelaki yang dipercayai membawa PATI tersebut melarikan diri dan usaha mengesan individu itu gagal membuahkan hasil apabila mereka hilang tanpa jejak.

"Pemeriksaan ke atas kereta itu membawa kepada penemuan PATI tersebut di tempat duduk belakang.

Artikel Berkaitan:

"Hasil pemeriksaan lanjut, kami dapati kesemua individu tersebut tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah masuk ke negara ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!