Kempen kesedaran patuhi SOP Covid-19 perlu berterusan: Annuar

Annuar Musa ketika sidang media selepas melawat bilik operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena PRN Sarawak ke-12 hari ini. Foto Bernama
Annuar Musa ketika sidang media selepas melawat bilik operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena PRN Sarawak ke-12 hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Semua agensi penyaluran maklumat di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diminta meneruskan usaha kesedaran mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) mencegah penularan Covid-19 khususnya semasa musim pilihan raya ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka dalam soal pematuhan SOP tanpa perlu bergantung kepada langkah penguatkuasaan semata-mata.

“Kita tidak (boleh) mengharapkan situasi yang ideal (dengan) membuat satu (SOP dan) semua orang (sentiasa) patuh. Sifat manusia perlu terus diberikan penerangan, penjelasan dan kita juga menggalakkan pemerkasaan komuniti dari segi pematuhan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Operasi Bernama untuk Pilihan Raya (PRN) Sarawak ke-12 Sarawak di sini, pada Ahad.

Annuar juga berkata, dalam situasi PRN ketika ini, agensi KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu sentiasa bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalurkan penjelasan mengenai SOP yang dilaksanakan demi kepentingan orang awam.

“Rangkaian antara agensi kita sendiri untuk saling membantu (adalah penting), jadi kita boleh mendapat maklumat yang sahih dan juga apa yang penting, identiti kita adalah pantas dan tepat. Pemberitaan kena cepat tetapi cepat tidak tepat tak ada guna,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!