Cadang UMNO diberi peluang bertanding kerusi Parlimen Alor Setar

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kiri) mengiringi Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail (kanan) yang hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.
Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri (kiri) mengiringi Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail (kanan) yang hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Pemuda UMNO Alor Setar mencadangkan UMNO diberi peluang untuk meletakkan calon di Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pemuda UMNO Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Masri berkata, pihaknya yakin UMNO mampu melakar kejayaan bagi kerusi Parlimen Alor Setar itu kerana calon UMNO memiliki peluang lebih cerah berikutan terdapat ramai pengundi Melayu di parlimen tersebut.

"Sehubungan itu, Pemuda UMNO Alor Setar meneruskan sokongan terhadap hasrat pucuk pimpinan untuk meletakkan calon UMNO di kerusi parlimen berkenaan.

"Kami mencalonkan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail untuk bertanding di Parlimen Alor Setar dan ia mendapat mandat daripada Pemuda UMNO," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.

Sebelum itu, mesyuarat dihadiri 180 perwakilan Pemuda UMNO Alor Setar dirasmikan Mohd Yusof.

Hadir sama, bekas Menteri Besar Kedah merangkap bekas Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Katanya, jentera akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan kerusi Parlimen Alor Setar tidak kira calon yang diletakkan bertanding PRU akan datang.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka harus dijadikan contoh apabila parti berani meletakkan kira-kira 87 peratus muka baharu.

Artikel Berkaitan:

"Namun begitu, kita perlu segera bersedia dengan segala strategi dan memperkasa jentera bagi memastikan UMNO menjadi pilihan penduduk pada PRU nanti," katanya.

Kerusi Parlimen Alor Setar ditandingi calon Barisan Nasional (BN) dari MCA sejak PRU1 hingga PRU14.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!