Koperasi boleh bantu kurangkan masalah kenaikan harga barang: PM

Ismail Sabri (tiga dari kanan) menyampaikan kereta tolak kepada penerima cabutan bertuah pada Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera di Dewan Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan hari ini. Foto Bernama
Ismail Sabri (tiga dari kanan) menyampaikan kereta tolak kepada penerima cabutan bertuah pada Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera di Dewan Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan hari ini. Foto Bernama
A
A
A

BERA - [DIKEMASKINI] Sektor koperasi dilihat mampu membantu kerajaan untuk menjual barangan pada harga murah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dapat dilakukan dengan mewujudkan pemborong koperasi supaya dapat membeli barangan secara pukal dan dibekalkan kepada semua kedai runcit koperasi di seluruh negara.

Menurutnya, satu perbincangan akan diadakan bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) bagi tujuan tersebut.

"Ketika ini terdapat lebih 1,500 kedai runcit koperasi di seluruh negara dan 103 di Pahang manakala tujuh juta ahli koperasi di seluruh negara sekali gus dapat membantu rakyat terutama ahli gerakan tersebut membeli dengan harga murah.

"Kalau ini dapat dilakukan maka harga di kedai koperasi dapat diturunkan bukan sahaja untuk ahlinya malah turut memberikan manfaat kepada penduduk setempat.

"Bayangkan kalau kedai koperasi dapat jual harga sehingga 20 peratus diskaun, tentunya ramai pengguna akan beli di kedai-kedai koperasi," ujarnya.

Beliau berkata sedemikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera Berhad (Kopbera) kali ke-6 di Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang, Radiatul Fitri Dollah dan Pengerusi Kopbera, Datuk Tahzir Husain.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, pelbagai perancangan sedang dilakukan dalam menangani isu kenaikan harga barangan supaya rakyat tidak terus terbeban.

Jelasnya, sebagai kerajaan pihaknya mesti bertanggungjawab memastikan tindakan sewajarnya diambil supaya harga barangan dapat diturunkan kembali.

"Kerajaan tidak akan berdalih dan memberikan pelbagai alasan, kita akan cari apa sahaja jalan untuk pastikan harga barang dapat diturunkan," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!