13 MoU ditandatangani sepanjang SAS 2021

Antara pesawat ringan yang dipamerkan di SAS 2021 pada November lalu.
Antara pesawat ringan yang dipamerkan di SAS 2021 pada November lalu.
A
A
A

SEBANYAK 13 Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani sepanjang Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 yang berlangsung di Pusat Penerbangan Serantau Skypark, Subang pada 25 hingga 27 November lalu.

Invest Selangor Berhad dalam satu kenyataan berkata, MoU itu meliputi pelbagai kerjasama dengan subsektor industri aeroangkasa bagi pembangunan tenaga kerja vokasional untuk industri tersebut selain pembangunan Pusat Kecemerlangan Dron Selangor, hab latihan simulator serta cadangan pembangunan kemudahan pembuatan pesawat laut.

Menurut kenyataan itu, antara MoU yang ditandatangani melibatkan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor dengan Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd, Selangor Aviation Technology & Innovation Sdn Bhd (SELATI) dengan Selangor (Unisel) dan SELATI bersama Aerodyne Group.

"Selain itu, kerjasama strategik yang ditandatangani antara Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan ExecuJet Aviation Group akan menyaksikan Dassault Aviation melabur sehingga RM100 juta melalui ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet).

"Ia bagi tujuan menubuhkan MRO baharu sebagai pusat sehenti untuk jet perniagaan bagi penyelenggaraan dan pengubahsuaian dalaman," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Invest Selangor berkata, SAS 2021 yang didakan di kawasan seluas 2,663.99 meter persegi itu telah berjaya mencapai sasaran hampir 5,000 pengunjung sepanjang tiga hari acara diadakan.

Jelasnya, acara julung kali diadakan itu berjaya mengumpul 43 peserta pameran dari tujuh negara yang mewakili industri aeroangkasa dan penerbangan dunia.

"Sebanyak 18 buah pesawat statik telah dipaparkan antaranya ialah jet komersial E195-E2 dari Embraer, T625 GÖKBEY dari Turkish Aerospace, Piaggio P-180 Avanti EVO dari Piaggio Aerospace, Airbus Helicopters AS350 Ecureuil dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

" Antara program lain sepanjang SAS2021 termasuk diskusi mengenai topik hangat dalam industri dan juga Hari Terbuka Edu pada 27 November untuk pelajar," kata kenyataan itu.

Tambah Invest Selangor, edisi kedua Selangor Aviation Show akan diadakan pada 8 hingga 10 September tahun depan di Subang dan dibuka untuk tempahan angkasa melalui bahagian aeroangkasa khusus Invest Selangor, Jabatan Koordinasi Industri Aeroangkasa

Selangor Darul Ehsan (S-Daico).

Sebarang pertanyaan mengenai Selangor Aviation Show boleh layari www.selangoraviationshow.com.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!