Bahrain lapor kes pertama Covid-19 varian Omicron
ANKARA - Bahrain melaporkan kes pertama Covid-19 varian Omicron membabitkan inividu yang pulang dari luar negara, menurut Twitter Kementerian Kesihatan.
Bagaimanapun, kementerian tidak mendedahkan negara berkenaan.
Menurut kementerian langkah kesihatan yang perlu sudah diambil serta pesakit itu kini diasingkan dan tiada kontak rapat dalam kes itu, lapor Anadolu.
Saintis di Afrika Selatan pada 24 November mengumumkan penemuan varian Omicron yang mempunyai beberapa mutasi.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia kemudian mengisytiharkan ia sebagai "varian yang membimbangkan" dan setakat ini telah dikesan di 57 negara. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!