Beri ruang kepada PM tentukan tempoh masa PRU15: Presiden MIC

Tan Sri S A Vigneswaran
Tan Sri S A Vigneswaran
A
A
A

KUALA LUMPUR - MIC menggesa pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menentukan masa paling sesuai mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, tiga parti komponen BN iaitu MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan MIC, telah membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab mengadakan PRU15 kepada kebijaksanaan Ismail Sabri.

“Pada masa yang sama, kepada persoalan bila PRU harus diadakan, saya dengan rendah diri menggesa pucuk kepimpinan BN untuk memberi ruang yang secukupnya kepada Yang Amat Berhormat PM kita untuk menentukan masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Ahad.

Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu dirasmikan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:Tiada masalah parti mesra BN diberi kerusi, asal bukan kerusi MIC

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!