Kejuaraan dunia: Kisona terkeluar awal

S. Kisona tewas kepada Neslihan Yigit dari Turki, pada pusingan pembukaan Kejuaraan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol, pada Ahad. - Foto FB BAM
S. Kisona tewas kepada Neslihan Yigit dari Turki, pada pusingan pembukaan Kejuaraan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol, pada Ahad. - Foto FB BAM
A
A
A

HARAPAN pemain badminton perseorangan wanita utama negara S. Kisona untuk kembali cemerlang tidak kesampaian, apabila beliau tewas kepada Neslihan Yigit dari Turki, pada pusingan pembukaan Kejuaraan Dunia BWF 2021 di Huelva, Sepanyol, pada Ahad.

Pemain nombor 28 dunia itu hanya memerlukan 37 minit untuk mengenepikan cabaran Kisona yang berada di kedudukan 58 dunia, 21-14, 21-15, pada perlawanan yang berlangsung di Palacio de los Deportes Carolina Marin.

Perlawanan hari ini merupakan penampilan Kisona yang pertama selepas hampir dua bulan berehat selepas menjadi mangsa serangan rasis di media sosial, berikutan kekalahannya kepada pemain nombor tiga dunia Akane Yamaguchi dari Jepun di perlawanan separuh akhir Piala Sudirman di Vaanta, Findland pada Oktober.

Sementara itu pemain perseorangan persendirian lelaki negara Cheam Jun Wei, juga gagal meneruskan cabarannya selepas tewas pada pusingan pertama kepada Kenta Nishimoto dari Jepun, 21-17, 21-8.

Beberapa pemain negara termasuk juara All England 2021 Lee Zii Jia, selain pasangan beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheah Yee See akan beraksi pada perlawanan pusingan pertama yang akan bersambung esok.

Zii Jia selaku pemain pilihan keenam kejohanan akan behadapan pemain dari Kanada Jason Anthony Ho-Shue, manaka Pang Ron-Yee See akan bertemu pasangan Belanda, Ties Van Der Lecq-Debora Jille. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!