Mayat lelaki lemas ditemui selepas tiga hari

Pasukan penyelamat membawa mangsa yang berjaya ditemui pada hari ketiga SAR untuk diserahkan kepada polis. - Foto ihsan Bomba Perak
Pasukan penyelamat membawa mangsa yang berjaya ditemui pada hari ketiga SAR untuk diserahkan kepada polis. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Perak berhampiran Kampung Sawa di sini pada Sabtu, ditemukan lemas.

Mayat Nabil Haikal Nazarrudin, 21, ditemukan orang awam pada jam 8.41 pagi pada Isnin kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa mandi bersama rakannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Farizul Anuar Razali berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 petang.

"Berdasarkan maklumat rakan mangsa, mangsa yang bekerja membina jambatan di lokasi tersebut mandi bersama rakan lain sebelum didapati hilang.

"Operasi mencari dilakukan pada Sabtu dan mayat mangsa dijumpai pada jam 8.41 pagi. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya di sini pada Isnin.

Menurutnya, operasi mencari mangsa disertai 16 pegawai dan anggota BBP Gerik dan Lenggong dibantu enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kuala Kangsar.

"Operasi yang turut mendapat kerjasama pihak polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu tamat pada jam 10 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!