Tanweer Cocoa produk minuman lazat, berkhasiat

Kamalulnizam menunjukkan produk Tanweer Cocoa keluaran Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad.
Kamalulnizam menunjukkan produk Tanweer Cocoa keluaran Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad.
A
A
A

Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad mengeluarkan produk minuman malt coklat sebagai satu pilihan minuman keluaran bumiputera di pasaran sambil bantu madrasah tahfiz

MUAR- Keenakan rasa minuman malt coklat Tanweer Cocoa keluaran Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad, semakin dikenali selepas hampir lima tahun berada di pasaran.

Minuman yang diperkaya dengan tamar, kismis, badam, buah tin, koko dan madu ini menjadi pilihan kerana berkhasiat dan padat dengan nutrisi penting.

Selain itu, pembeli juga berpeluang membantu Madrasah Tahfiz al-Quran At-Tanwiriah, Jalan Temenggong Ahmad, Parit Jawa di sini dengan pembelian produk Tanweer Cocoa.

Pengerusi Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad, Kamalulnizam Mohd Suhut berkata, minuman malt coklat cukup digemari tidak mengira peringkat usia terutama golongan kanak-kanak.

Bertitik tolak dari situ, Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad mengeluarkan produk minuman malt coklat Tanweer Cocoa sebagai salah satu pilihan minuman keluaran bumiputera di pasaran.

"Pada tahun 2016, produk Tanweer Cocoa iaitu serbuk koko seberat 1 kilogram (kg) di dalam kotak dikeluarkan dan mula dijual di sekitar Muar. Ketika itu koperasi banyak mengikut program dianjurkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan beberapa agensi kerajaan lain.

Artikel Berkaitan:

Pengurus Tanweer Cocoa, Norazizah Ja'far (kiri) dan Pengurus Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad, Normala Mohd Ali menunjukkan produk Tanweer Cocoa.
Pengurus Tanweer Cocoa, Norazizah Ja'far (kiri) dan Pengurus Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad, Normala Mohd Ali menunjukkan produk Tanweer Cocoa.

"Secara tidak langsung, koperasi dapat memasarkan produk Tanweer Cocoa menerusi program yang disertai itu. Hasilnya, koperasi berjaya melantik ejen pemasaran Tanweer Cocoa di seluruh negara, sehinga kini koperasi masih lagi mencari ejen dan stokis bagi meluaskan pasaran Tanweer Cocoa" katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sama seperti perniagaan lain, Tanweer Cocoa turut berdepan cabaran ketika pandemik Covid-19 pada tahun lepas.

Menurut Kamalulnizam, mereka kemudian memperhebatkan lagi promosi dan jualan secara dalam talian dengan memuat naik gambar produk Tanweer Cocoa dalam media sosial serta platform Shopee.

"Permintaan bertambah dan kami turut memperkenalkan program tajaan minuman tambahan. Menerusi program ini, orang ramai boleh membeli Tanweer Cocoa secara dalam talian untuk disumbangkan kepada pelajar madrasah tahfiz.

"Kami mensasarkan untuk menyampaikan tajaan kepada 100 madrasah tahfiz di seluruh Johor," katanya.

Permintaan tinggi

Tanweer Cocoa turut dikeluarkan dalam bentuk sachet.
Tanweer Cocoa turut dikeluarkan dalam bentuk sachet.

Kamalulnizam yang juga Pengerusi Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran (Permata) Johor berkata, pihaknya menyasarkan pembelian menerusi program tajaan minuman tambahan sebanyak 500kg setiap bulan.

"Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia dan Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran (Permata) Johor turut membantu menggerakkan sumbangan ke madrasah tahfiz.

"Kami bukan sekadar berniaga tetapi turut beri peluang kepada orang ramai untuk membantu madrasah tahfiz," katanya.

Kamalulnizam memberitahu, koperasi merancang untuk mempelbagaikan lagi produk keluaran minuman terutama susu kambing dan kopi yang dilihat mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Orang ramai berpeluang membantu madrasah tahfiz menerusi pembelian Tanweer Cocoa.
Orang ramai berpeluang membantu madrasah tahfiz menerusi pembelian Tanweer Cocoa.

"Kami yakin dengan produk Tanweer Cocoa mampu memenuhi citarasa semua dan sesuai untuk pasaran dalam negara. Ini terbukti apabila Tanweer Cocoa dipilih sebagai antara 100 produk terbaik oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) pada tahun 2020.

"Lebih membanggakan lagi koperasi juga telah mendapat makluman daripada Angkasa untuk memasarkan Tanweer Cocoa di stesen pam petrol terpilih dan pasaraya tidak lama lagi," katanya.

INFO Produk Tanweer Cocoa

Diperkaya dengan kebaikan semulajadi bahan-bahan terpilih yang dirumus khas untuk membantu perkembangan minda dan sistem tubuh, Tanweer Cocoa melengkapkan hari anda dengan bekalan nutrisi dan rasa coklat yang hebat!

Kandungan:

– Kismis

– Buah Tin

– Koko

– Tamar

– Madu

– Badam

Koperasi At-Tanwiriah turut berhasrat membawa produk Tanweer Cocoa menembusi pasaran luar negara terutama China dan Brunei.
Koperasi At-Tanwiriah turut berhasrat membawa produk Tanweer Cocoa menembusi pasaran luar negara terutama China dan Brunei.

Kelebihan:

– Kecerdasan minda

– Membekalkan tenaga

– Menyokong nutrisi penting

Boleh didapati dalam bentuk:

- Kotak 1kg

- Pouch 1kg

- Sachet (20 sachet/pouch)

PROFIL

Nama: Kamalulnizam Mohd Suhut

Nama syarikat: Koperasi At-Tanwiriah Muar Berhad

No telefon: 06-9872319(pejabat), 019-4467229 (hotline)

Facebook: Tanweer Cocoa HQ

Website: www.tanweerstore.com

IG: Tanweercocoa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!