Tiga maut kilang kimia meletup di Korea Selatan

Kebakaran berlaku pada jam 1.37 petang di sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Yeosu.
Kebakaran berlaku pada jam 1.37 petang di sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Yeosu.
A
A
A

YEOSU (Korea Selatan) - Tiga pekerja ditemukan maut dalam kejadian letupan kilang kimia di sebuah kompleks perindustrian di Yeosu, Korea Selatan pada Isnin, menurut anggota bomba.

Kebakaran berlaku pada jam 1.37 petang di sebuah kilang petrokimia di Kompleks Perindustrian Yeosu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Ketika kejadian terdapat tujuh pekerja, empat yang lain disahkan selamat, menurut pihak berkuasa.

Punca kejadian sedang disiasat. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!