Pemandu lori tangki 'serah diri'

Pemandu lori tangki hadir ke balai polis untuk siasatan lanjut.
Pemandu lori tangki hadir ke balai polis untuk siasatan lanjut.
A
A
A

PORT DICKSON - Pemandu sebuah lori tangki yang didapati memandu di lorong kecemasan untuk memotong di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson telah tampil di Balai Trafik Port Dickson untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 34 tahun itu datang ke balai polis setelah mendapati rakaman videonya memandu di lorong kecemasan tular di media sosial.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan polis meminta pemandu lori tangki terbabit tampil selepas video berdurasi 16 saat yang memaparkan tindakannya tular di Facebook pada Ahad.

Aidi Sham berkata, berdasarkan rakaman video itu, kejadian dipercayai berlaku pada Sabtu antara jam 2 hingga 4 petang di lebuh raya terbabit dari arah Seremban ke Port Dickson.

"Semasa kejadian, keadaan lebuh raya sesak dengan kenderaan.

"Polis telah mengesan kenderaan terbabit yang menggunakan nombor pendaftaran CEL 5916 yang didaftarkan pada sebuah Syarikat Pengangkutan beralamat di Bukit Raja Shah Alam," ujarnya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya mengamalkan etika pemanduan yang baik, mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan sikap toleransi di atas jalan raya supaya tidak mendatangkan kesulitan pada orang lain.

Artikel Berkaitan:

"Polis juga tidak berkompromi pada mana-mana pemandu atau penunggang yang mengambil jalan pintas dan berlagak sebagai 'raja' di lebuh raya bagi menjamin keselamatan pengguna lain," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!