TRW intai kudrat tempatan Liga Super, Premier

Rezal Zambery
Rezal Zambery
A
A
A

KETUA Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya sedang mengenal pasti pemain tempatan dari Liga Super dan Liga Premier untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Jurulatih berusia 43 tahun dari Johor itu berkata, The Red Warriors (TRW) memerlukan tenaga baharu di semua posisi sebagai persediaan menghadapi Liga-M khususnya saingan Liga Premier musim depan.

“Sekarang ini kita hanya mengekalkan sembilan pemain muka lama musim ini untuk memperkuatkan pasukan. Kami sedang kenal pasti beberapa pemain dari Liga Super dan Premier sebelum proses selanjutnya dilakukan pihak pengurusan,” katanya di sini pada Isnin.

“Begitu juga dengan pemain import kami perlu teliti sebaik mungkin, tidak terburu-buru untuk mendapatkan khidmat pemain import untuk menyumbang kepada pasukan,” katanya.

Rezal Zambery yang pada musim ini bertindak sebagai penolong jurulatih, dinaikkan pangkat sebagai ketua jurulatih Kelantan FC, bagi menggantikan Marco Ragini yang ditamatkan kontrak.

Pada Liga Premier musim ini, Kelantan FC berada di kedudukan ketujuh dan layak ke saingan Piala Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!