UK catat kematian pertama akibat Omicron

UK merekodkan kematian pertama melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron.
UK merekodkan kematian pertama melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron.
A
A
A

UNITED Kingdom (UK) merekodkan kematian pertama melibatkan varian baharu Covid-19, Omicron.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menterinya, Boris Johnson pada Isnin.

Kata beliau, sekitar 40 peratus jangkitan di ibu kotanya, London adalah disebabkan jangkitan varian berkenaan sejak ia dikesan pada 27 November yang lalu.

"Malangnya, sekurang-kurangnya seorang pesakit disahkan meninggal dunia akibat Omicron.

"Jadi sekarang ini kita melihat virus ini semakin serius. Ini perkara yang perlu kita ambil kira dan kita ikuti fasa penularannya dalam kalangan populasi kita," katanya.

Johnson dalam masa sama turut menyarankan agar rakyatnya mendapatkan dos penggalak bagi mengelakkan berlakunya kesesakan.

Ketika melakukan lawatan di pusat pemberian vaksin di London, Johnson turut menzahirkan ucapan tahniah buat rakyatnya yang telah mendapatkan suntikan dos penggalak.

Ujarnya, dos penggalak dapat mengatasi penyebaran varian berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas berkenaan situasi penularan Omicron di London kini, Setiausaha Kesihatan UK disifatkan sebagai 'luar biasa'.

Ujarnya, penularan Omicron diibaratkan seperti satu perlumbaan antara pemberian vaksin Covid-19 yang perlu dipercepatkan.

"Sejak kita mengenal pasti Omicron, strategi kita adalah untuk menangguhkan masa, untuk mengkaji dan memperkukuhkan pertahanan kesihatan kita. Apa yang kita tahu sekarang, virus Omicron ini tersebar pada kadar yang 'luar biasa', sesuatu yang belum pernah dilihat sebelum ini.

"Penyebarannya meningkat dua ke tiga kali ganda. Ini bermaksud kita berhadapan dengan gelombang yang besar. Kita sekali lagi berlumba untuk mempercepatkan pemberian vaksin," katanya kepada media pada Isnin.

Lebih daripada 80 peratus individu berusia 12 tahun telah menerima dua dos vaksin lengkap, manakala 40 peratus bagi orang dewasa yang menerima tiga dos suntikan- Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!