TMJ zahir rasa sedih
JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih terhadap keadaan mangsa pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.
Dalam posting ringkas di Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor, beliau turut mengajak rakyat Johor bersama berdoa agar semua mangsa kembali sembuh seperti sedia kala."Saya berasa sedih dengan apa yang telah terjadi, nyawa anak-anak yang tidak bersalah terancam akibat daripada perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
"Semoga semua keluarga-keluarga yang terlibat juga tabah mengharungi cabaran ini. Insya-ALLAH," katanya seperti dipetik dari laman Facebook rasminya di sini hari ini.
Dalam posting tersebut, Tunku Ismail turut meletakkan hashtag Pray For Pasir Gudang dan pautan link akaun Facebook milik Noor Atikah Daud.
Posting tersebut turut memaklumkan Affza Balqis yang merupakan pelajar SMK Tanjung Puteri Resort kini dalam keadaan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat pencemaran bahan kimia tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!