Bilionair Jepun rakam video semasa ISS kelilingi bumi

Keadaan pemandangan di bumi semasa bilonair Jepun, Yusaku Maezawa melakukan rakaman video dari tingkap Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. - Foto Yusaku Maezawa/Twitter
Keadaan pemandangan di bumi semasa bilonair Jepun, Yusaku Maezawa melakukan rakaman video dari tingkap Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa baru-baru ini. - Foto Yusaku Maezawa/Twitter
A
A
A

TOKYO - Seorang bilionair Jepun, Yusaku Maezawa merakamkan keadaan bumi semasa Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) mengelilingi planet itu pada ketinggian lebih 400 kilometer menerusi kamera video baru-baru ini.

Berdasarkan ketinggian itu, ISS membuat kira-kira 16 kali pusingan semasa ia mengelilingi bumi.

Maezawa kini berada di stesen tersebut dan dia membuat rakaman video tersebut yang berdurasi kira-kira lebih 24 saat dari tingkap ISS.

Dalam rakaman video itu, ia menunjukkan pemandangan bumi yang cantik sewaktu matahari terbit dan terbenam di bumi.

Sejak tiba di ISS pada 8 Disember lalu, bilionair itu telah mempunyai lebih 10 juta pengikut di Twitter.

Sehingga kini, Maezawa telah menjelaskan kepada pengikut-pengikut tersebut bagaimana cara dia menggunakan tandas di ISS dan menyiarkan pelbagai gambar di stesen tersebut.

Dia menaiki sebuah roket dari Baikonur, Kazakhstan bersama pembantunya dan seorang penerbit filem, Yozo Hirano dan berada di stesen tersebut selama 12 hari.

Kos rombongannya pergi ke ISS tidak didedahkan tetapi seorang pelanggan dilaporkan pergi ke ISS dilaporkan membayar antara AS$20 juta (RM84.57 juta) dan AS$40 juta (RM169.14 juta) sebelum ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!