Kean Yew kejutkan Axelsen di Sepanyol
BINTANG badminton perseorangan lelaki Singapura, Loh Kean Yew mengecewakan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen pada pusingan pertama Kejuaraan Dunia di Huelva, Sepanyol.
Kean Yew menewaskan Axelsen juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang juga pilihan kedua kejohanan 14-21, 21-9, 21-6.
Kemenangan itu membolehkan pemain berkedudukan ranking ke-22 dunia tersebut berdepan pemain dari Austria, Luka Wraber dalam pusingan 32.
Kejayaan dilakar pemain berusia 24 tahun itu menebus kembali kekalahan kepada pemain Denmark tersebut semasa kejuaraan Indonesia Masters.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan pertama Kean Yew apabila layak ke pusingan acara Super 1000 Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia itu.
Kean Yew memenangi gelaran Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya di Terbuka Hylo, sebelum itu muncul juara Terbuka Belanda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!