PRN Sarawak: Lynne buang undi awal bersama bayi

Lynne terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti. - Foto Astro Awani
Lynne terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti. - Foto Astro Awani
A
A
A

KUCHING - Hari ini cukup berbeza buat seorang anggota polis Lynne Ginju Law.

Buat pertama kali, wanita berusia 35 tahun ini menunaikan tanggungjawab kepada negeri tercinta dengan menggendong anak kecil yang baru berusia setahun.

Anaknya, Fatimah Sopiah Kamafarkhan, dibawa bersama ketika membuang undi di Dewan Mes Pegawai IPK Sarawak di sini.

Namun bagi Lynne, semua itu bukan halangan, sebaliknya membuatkan dia teruja dengan situasi itu.

“Hari ini lain daripada yang lain. Dulu saya mengundi seorang, kini ditemani anak saya.

“Perasaan itu lain macam, tetapi seronok. Tanggungjawab mengundi perlu ditunaikan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Lynne turut memberitahu, dia terpaksa membawa anaknya membuang undi disebabkan pengasuhnya masih bercuti.

Katanya, SOP dan keutamaan yang diberikan kepada pengundi yang membawa bayi serta wanita mengandung memudahkan urusan pengundian awal buatnya.

Artikel Berkaitan:

“Semua senang... diberikan keutamaan kepada kami. Senang sangat,” katanya.

Seramai 872 pengundi awal melibatkan pegawai, anggota dan pasangan daripada tiga DUN iaitu Tupong, Samariang serta Satok akan membuang undi di dewan ini. - Awani


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!