Moyes bimbang ramai pemain Hammers cedera

Pemain West Ham, Michail Antonio mengawal bola ketika berdepan Burnley. - Foto Twitter
Pemain West Ham, Michail Antonio mengawal bola ketika berdepan Burnley. - Foto Twitter
A
A
A

PENGENDALI West Ham, David Moyes bimbang dengan masalah kecederaan yang melanda sebahagian besar pemain menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Arsenal di Emirates pada awal pagi Khamis.

Menurut Moyes, masalah kecederaan berkenaan sekali gus turut merencatkan percaturan taktikalnya bagi berdepan The Gunners.

“Agak sukar untuk kita merangka perancangan taktikal untuk aksi berdepan Arsenal nanti, berikutan masalah kecederaan ramai pemain ketika ini.

“Apa pun, kami akan menurunkan pemain-pemain sedia ada bagi mengharungi perlawanan berkenaan dan seterusnya menghasilkan keputusan yang positif,” katanya.

Untuk rekod sejak mengemudi The Hammers mulai musim 2019 lalu, Moyes dilihat sebagai pengendali terbaik pasukan berkenaan.

Malah berdasarkan kepada beberapa kejayaan yang diraih West Ham sejak dua tahun kebelakangan ini, khususnya bagi berada dalam kelompok pasukan teratas EPL, membuatkan penyokong mula menaruh harapan agar lebih banyak kejayaan berjaya diraih pengenali Scotland itu, kelak.

Sementara itu, mengulas mengenai kecederaan Aaron Cresswell, Moyes berkata pihaknya berharap agar pemain berkenaan untuk segera cergas seperti sedia kala.

Namun, menurut Moyes, dia tidak dapat memastikan samada Cresswell dapat diturunkan untuk berdepan Arsenal atau berada di bangku simpanan.

Artikel Berkaitan:

“Saya memang berharap untuk dia (Cresswell) diturunkan. Kami akan lihat dahulu bagaimana keadaannya.

“Walaupun, dia sudah mulai menyertai latihan, tetapi kami berharap agar ujian pemeriksaan terakhir mengenai kecergasanannya hari ini akan memberikan keputusan yang positif,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!