Kegiatan jual lesen terbang dikesan
SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis berhubung kegiatan jual lesen terbang yang mula kembali tersebar melalui laman sosial sejak kebelakangan ini.
Menerusi satu kenyataan melalui laman Facebook rasminya, JPJ memaklumkan bahawa laporan polis itu dibuat sebagai salah satu langkah bagi mencegah kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.
Selain itu, JPJ turut memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terpengaruh dengan sebarang hebahan atau iklan tawaran lesen terbang yang tersebar melalui media sosial.
JPJ berkata sebarang penggunaan lesen memandu yang diperolehi tanpa mengikut prosedur latihan dan pengujian ditetapkan oleh kerajaan adalah tidak sah di sisi undang-undang negara ini.
Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin menyalurkan aduan berhubung kegiatan lesen terbang atau ekspres boleh berbuat demikian melalui laman http://jpj.spab.gov.my.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!