PRN Sarawak: 67 peratus undi awal setakat 12 tengah hari
SHAH ALAM - Sebanyak 67 peratus anggota keselamatan dan pasangan telah keluar mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak setakat 12 tengah hari.
Kadar peratusan itu meningkat berbanding 53 peratus pada 11 pagi, 35 peratus pada 10 pagi dan 17 peratus pada 9 pagi tadi.
Sebanyak 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran telah dibuka sejak 7.30 pagi tadi dan akan ditutup pada 5 petang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan, seramai 23,043 pengundi membuang undi pada Selasa membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi PRN Sarawak.
AKAN MENYUSUL
Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!