Muzium Warisan Cina Negeri Sembilan
A
A
A
Para pengunjung membaca paparan maklumat yang dipaparkan di Muzium Warisan Cina Negeri Sembilan. Muzium Warisan Cina Negeri Sembilan memaparkan keunikan sejarah, warisan dan budaya Cina kepada orang ramai, selain mampu mewujudkan persefahaman dalam kalangan masyarakat untuk lebih mengenali mengenai sejarah, adat dan budaya kaum lain.
Muzium yang terletak di tingkat dua Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan (DPCNS) berkeluasan 2,195 kaki persegi itu, ditubuhkan pada 16 April lepas dan pihak muzium mengambil masa selama hampir tiga tahun untuk perancangan, kajian dan pengumpulan maklumat.
Muzium tersebut beroperasi pada setiap hari, kecuali Isnin mulai pukul 11 pagi hingga 5 petang dengan kadar bayaran RM5 bagi individu bawah 18 tahun manakala RM10 untuk dewasa. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!