Richard mohon padam sebahagian perenggan dalam afidavit Hamid Sultan

Richard Malanjum
Richard Malanjum
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum mengemukakan permohonan untuk memadamkan sebahagian perenggan yang terkandung dalam afidavit sokongan seorang hakim Mahkamah Rayuan berhubung pendedahan salah laku hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili Ketua Hakim Negara memaklumkan pihaknya memfailkan afidavit untuk memadamkan sebahagian besar perenggan dalam afidavit itu pada 7 Mac lalu.

"Kami berpandangan bahawa afidavit sokongan berkenaan adalah melampau, bersifat menghina, tidak relevan dan hanya bersifat dengar cakap.

"Selain itu, kami mengemukakan alasan ia juga adalah satu serangan ke atas Badan Kehakiman secara keseluruhan," katanya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Firuz Jaffril juga menetapkan 3 April ini bagi pengurusan kes untuk pihak responden memfailkan afidavit balasan terhadap permohonan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah minta ketua hakin negara fail afidavit balasan

Suzana ditemui selepas pengurusan kes saman pemula difailkan anak kepada mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo yang juga merupakan seorang peguam terhadap Ketua Hakim Negara kerana mendakwa ketua hakim telah gagal mempertahankan integriti dan kewibawaan Badan Kehakiman.

Afidavit sokongan berkenaan diikrarkan Hakim Mahkaman Rayuan, Datuk Hamid Sultan Abu Backer pada 14 Februari lalu bagi menyokong saman pemula difailkan Sangeet.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Sangeet berkata, pihaknya akan meneliti kedudukan dari segi perundangan sama ada perenggan berkenaan boleh dipadamkan.

Pada masa yang sama, Sangeet berkata, beliau akan menulis surat kepada Peguam Negara bagi mendapatkan perkembangan lanjut berhubung Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang akan dibentuk berhubung dakwaan itu.

Pada 14 Januari lalu Sangeet memfailkan saman pemula itu pada terhadap Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia yang antara lain memohon perisytiharan bahawa Ketua Hakim Negara gagal menjalankan kewajipan perlembagaan dan statutori sebagai Ketua Badan Kehakiman untuk membela serta memelihara integriti badan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Saman: Ketua Hakim Negara fail afidavit balasan

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan salah laku hakim, Kehakiman buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: Penubuhan RCI tak beri kesan kes saman: Sangeet

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!