Tawaran diskaun bayaran balik PTPTN
Semua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan yang ingin membuat penyelesaianbaki hutang, ditawarkan pakej diskaun Bajet 2022 mulai 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun dikemaskini.
Pemohon boleh mendapatkan pengesahan baki keseluruhan pinjaman melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my//PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama) atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn).
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).
Diskaun bayaran balik 15%:
Diskaun diberikan sekiranya bayaran diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama dan selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Bagaimanapun, diskaun tidak diberikan sekiranya bayaran balik dibuat oleh pihak IPT/ Penaja. Kelayakan diskaun turut terbatal jika peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman seperti pinjaman Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana hanya ingin membuat penyelesaian hutang salah satu daripada peringkat pengajian sahaja.
Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan selepas 14 hari (bekerja) pelarasan diskaun 15% dilakukan. Cetakan SPH juga boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/pengesahanbakipenyelesaianhutang).
Rekod CCRIS akan dikemas kini dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemas kini dalam penyata PTPTN.
Diskaun bayaran balik 12%:Pengiraan diskaun 12% berasaskan kepada jumlah bayaran balik (sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang) yang diterima bagi bulan berkenaan. Contoh pengiraan:
Peminjam yang telah tamat pengajian Diploma dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah tidak layak mendapat insentif ini, tetapi pertimbangan boleh diberikan sekiranya pinjaman peringkat Ijazah yang masih aktif ditamatkan. Permohonan pinjaman baharu bagi peringkat yang sama adalah tidak dibenarkan.
Diskaun bayaran balik 10%:Sekiranya peminjam mempunyai tunggakan, rundingan perlu dilakukan terlebih dahulu dengan menghubungi Eksekutif Pemasaran.
Permohonan potongan gaji atau debit terus (DirectDebit) boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline) atau (https://www.ptptn.gov.my/direct_debit/direct_debit.html).
Diskaun hanya akan diberikan setelah bayaran balik melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit) diterima oleh PTPTN. Terimaan bayaran balik melalui potongan gaji adalah tertakluk kepada proses potongan yang dilakukan oleh majikan, manakala debit terus (direct debit) adalah setiap 1hb, 10hb dan 27hb setiap bulan.
Mana-mana peminjam yang sedang membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus (DirectDebit) juga layak mendapat insentif ini.
Bagi peminjam yang telah membuat bayaran balik melalui potongan gaji akan menikmati diskaun 15% ke atas baki keseluruhan hutang pinjaman sekiranya bayaran tersebut menyelesaikan keseluruhan hutang peminjam.
Kaedah pelarasan diskaun dibuat bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu akaun pinjaman, di mana amaun diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman pertama terlebih dahulu sekiranya akaun tersebut masih mempunyai baki hutang. Diskaun akan dilaras ke akaun pinjaman yang berikutnya selepas hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!