PRN Sarawak: Pusat pengundian awal ditutup

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika hadir melawat proses pengundian awal bagi PRN Sarawak ke-12 di Dewan Bukaku Kem Penrissen Tentera Darat pada Selasa. - Foto Bernama
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh ketika hadir melawat proses pengundian awal bagi PRN Sarawak ke-12 di Dewan Bukaku Kem Penrissen Tentera Darat pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) berakhir jam 5 petang Selasa.

Pengundian awal PRN12 kali ini melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan, yang dilaksanakan di 85 pusat mengundi awal dengan 111 saluran disediakan di pusat mengundi.

Proses mengundi awal diadakan sejak jam 7.30 pagi.

Tinjauan Bernama di lokasi pengundian awal di beberapa lokasi mendapati proses berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk membendung penularan jangkitan Covid-19.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh turut hadir meninjau proses pengundian awal di beberapa lokasi seperti di Dewan Bukavu Kem Penrissen dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin di sini. - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my


Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!