Adib Zainudin benteng baharu TFC

Muhammad Adib
Muhammad Adib
A
A
A
BEKAS pemain pertahanan Johor Darul Ta'azim ll (JDT ll) yang juga mantan kapten skuad Bawah 22 Tahun (B22) negara, Muhammad Adib Zainudin sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).

Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rasis Jusoh berkata, pemain berusia 26 tahun itu telah menandatangani kontrak selama dua tahun dengan skuad Penyu bagi menggantikan Muhammad Mohd Faudzi yang memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

"Muhammad Adib adalah pemain tempatan pertama yang kita tandatangani bagi persediaan cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

"Kehadirannya diharap dapat memberi variasi di bahagian pertahanan sekali gus memperkukuh kubu Terengganu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, reputasi baik skuad Penyu di Liga M menjadi antara faktor pemain tersebut memilih TFC sebagai destinasi terbaharu.
Artikel Berkaitan:


"Selain itu beliau (Muhammad Adib) juga yakin TFC mampu menyediakan persekitaran dan cabaran yang diperlukan oleh seorang pemain untuk meningkatkan tahap kemahirannya dalam arena bola sepak," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!